BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 23, 2010

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

TERUSKAN BERGERAK

 
 
Setapak melangkah,
jatuh,
penat,
seliuh,
luka,
derita,
biasa,
dan selalu.

Jangan.
Jangan putus asa.

Jangan.
Jangan kecewa.

Jangan.
Jangan berundur.

Tetap dan terus,
Melangkah dengan kakimu.
Tegap dan kuat,
pada jalan yang dipilih.
Hujung hanya dua,
Hidup mulia atau syahid.


Ruqaiyah Rahmat

Wednesday, September 22, 2010

JOM BACE....

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"
www.familiazam.com
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"
www.familiazam.com
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
www.familiazam.com
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

PESANAN UNTUK WANITA CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!

Tuesday, September 21, 2010

Assalamualaikum..............

Sebuah pohon dpt tumbuh dari benih kecil.rasa benci juga dapat tumbuh dari kesalahan kecil.terkadang tercipta dosa dalam tawa harap dimaafkan zahir dan batin.


SaLaM AIDILFITRI

Hari Raya yang menggembirakan,,,,


Salam 1 Malaysia...
Sekarang dah cukup 11 Syawal dan pejam celik,pejam celik dah 3 hari ana berada kat Uitm Shah Alam...
Terasa sedih tau sebab kena tinggalkan family kat kampung..huhuhu.
Lebih2 lagi, dengan kehadiran anak saudara ana yang lahir betul-betul jatuh time hari rayer,mana la x gembira,.....Alhamdulillah,semua proses berjalan dengan lancar..
HA,kat sini ana ada beberapa foto time rayer hari tue tau...jom tengok ana bergaya depan siblings ana ni...hehe,bukann main lagi kitorang...JOM..JOM


 






                                                           my family....i luv you very much.....

Tuesday, September 7, 2010

Bonds of Love



@>--- Raihan : Demi Masa : Nasyid ---<@

Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind
Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart
Oh falling in love
With Allah....
The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail
Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night

Salam Aidilfitri

UH,penat...sekarang,saya baru je siap kemas2 rumah..maklumlah, ada orang nak datang kat rumh,lebih-lebih lagi,dah nak raya kan.jadi,kenalah bersih-bersihkan rumah ni.Lagipun,ma yang suruh,takkan tak nak buat kan.tak nak lah dikatakan anak derhaka.hehe.pa pendapat antum?

Cerita pasal nak raya ni kan,semua persiapan antum dah beres?Alhamdulillah..nampaknya ana je yang belum lagi.Biskut-biskut raya baru sikit je buat.Banyak benda yang nak kena settle.Tambah-tambah lagi, ada sikit-sikit tabiat malas.Yang tu susah sikit nak ubah..huhu.Harap antum jangan jadi macam ana tau..

Dalam cuti lebih kurang dua minggu ni,assignment pun berlambak gak.Kalau dapat balik dengan kerja semua dah siap kan best.Baru tak serabut kepala ni duk fikir..Nak buat macam mana,tugas sebagai pelajar tak boleh dilupakan.Betul tak.?

Oklah, rasanya ana stop kat sini dululah.Ana nak bereskan apa-apa yang patut dulu.SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA...

Nikmat Dunia

Alangkah indahnya hidup ini,
Segala-galanya telah ku miliki,
Kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, malah kemewahan,
Apa lagi yang belum ku kecapi,
Subhanallah,
Sungguh agungnya kuasa ilahi.
 
Namun,
Betapa sedikit aku mengingati-Nya,
Terlalu banyak pula aku terleka olehnya,
Ya Allah,
Betapa hinanya aku di hadapan-Mu.
 
Ya Allah Ya Rabbi,
Aku tak layak untuk syurga-Mu,
Namun tak sanggup aku,
Terjerumus ke lembah neraka-Mu.

 
Bimbinglah aku Ya Rabbi,
Jangan kau biar aku terleka,
Dek kesenangan dunia yang sementara,
Jangan kau biar aku terpana,
Dengan nafsu dunia yang fana,
Jangan kau ganti nikmat selamanya di sana,
Dengan nikmat di sini yang seketika.
 
Semoga,
Aku menjadi orang yang bertakwa,
Serta terus istiqamah di atas jalan-Nya,
Mengejar JANNAH di sana,
Kerana itulah kebahagiaan yang sebenar-benarnya.

Wednesday, September 1, 2010

Kisah bermulanya di sini.....

Alhamdulillah....dalam meniti sisa-sisa hidup di dunia ini, Tuhan masih lagi memberi kesempatan untukku mengemaskinikan blog ini. Welcome to my blog....sebenarnya saya masih baru dalam laman ni,jadi saya memerlukan lebih banyak masa untuk mencantikkan blog saya ini.cewah...ayat tak leh blah kan...hehehe